Apa yang menarik di The Sheep Sanctuary, Cameron Highlands?

Apa yang menarik di The Sheep Sanctuary, Cameron Highlands?

  • Post author:

Jika di Sabah ada lembu dari New Zealand, di Cameron Highlands  (CH) Pahang ada kambing biri-biri dari Australia.

The Sheep Sanctuary tarikan wajib di CH selain buah strawberry. Bagi yang tidak tahu lokasi kambing biri-biri ini terletak di Kea Farm (di belakang Kea Valley Hotel) Brinchang.

 Dengan hanya membayar RM8 tiket untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, korang boleh bermain-main dengan lebih 20 ekor kambing jinak yang ada.

Semuanya diimport khas dari Australia dan khabarnya dari baka merino. Jika ikut sejarah, baka ini datang dari Spain dan mungkin dibawa masuk oleh orang Islam semasa Islam bertapak di situ.

Bulu biri-biri harus dicukur, paling kurang setahun sekali. Jika korang bernasib baik datang pada masa berkenaan, bolehlah tengok depan mata cara mereka melakukannya.

Selain lembut, kambing ini juga lasak. Cuaca di sini juga kelihatan sesuai dengan kambing-kambing ini.

Bagi yang ingin berehat sambil melihat aksi-aksi kambing bolehlah singgah duduk di Puku Cafe.

Terdapat kopi dan teh untuk dinikmati selepas puas melayan kambing. Korang juga boleh mencuba pelbagai perisa aiskrim yang dijual.

Waktu operasi dibuka daripada jam 9 pagi hingga 5.30 petang setiap hari.