Akaun Twitter SKMM kena godam? betul ke?

Akaun Twitter SKMM kena godam? betul ke?

  • Post author:

Kecoh di media sosial apabila akaun Twitter milik SKMM dikatakan di godam seorang remaja.

Namun yang menarik perhatian apabila tweet yang dimuat naik sudah lama sejak tahun 2013.

Malah seorang remaja turut mengakui itu adalah akaun miliknya yang dijual kepada seorang ‘Influencer’.

Eh pelik juga ya akaun milik kerajaan kenapa perlu dibeli dengan orang lain? Atas tujuan apa?

Namun perkara itu dibidas oleh SKMM yang mengeluarkan kenyataan media menyatakan akaun berkenaan digodam.

Rata-rata netizen juga turut memperli admin twitter SKMM yang beranggapan admin mungkin kesunyian.

Ada juga mempertikaikan kredibiliti SKMM kerana sibuk hendak selesaikan masalah pengguna siber tetapi akaun sendiri digodam.

*lemahnya sistem SKMM, tidak hairanlah akaun rakyat sering jadi mangsa, tak gitu?