Pengumuman Perdana Menteri: Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) bernilai 15 bilion ringgit.

Pengumuman Perdana Menteri: Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) bernilai 15 bilion ringgit.

  • Post author:

  1. Kerajaan menyediakan dana tambahan RM1 bilion di bawah matlamat pertama memerangi pandemik COVID-19.
  2. Pemberian moratorium bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, moratorium itu boleh dimohon oleh peminjam PTPTN yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 dan banjir.

3.Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan segera melaksanakan Program Bakul Makanan, merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan program itu akan membabitkan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Katanya, bagi memastikan kebajikan kumpulan rentan terus terpelihara, kerajaan akan memperuntukkan RM25 juta di bawah program GLIC/GLC ‘Disaster Relief Network’ sebagai geran padanan bersama syarikat berkaitan Kerajaan bagi inisiatif sosial.

“Ini termasuklah pemberian bantuan komuniti termasuk masyarakat warga emas, gelandangan, OKU (orang kurang upaya) dan mangsa banjir,” katanya.

4. Pembiayaan maksimum Skim Jaminan PRIHATIN Danajamin (SJPD) ditingkat kepada RM1 bilion berbanding RM500 juta sebelum ini.

Perdana Menteri, berkata, SJPD juga akan diperluaskan skop pembiayaannya kepada perbelanjaan modal dengan tempoh jaminan sehingga 10 tahun.

5.Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim mikro kredit, seperti yang pernah diumumkan sebelum ini bagi membantu aliran tunai perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Bagi tujuan itu, Perdana Menteri, berkata sejumlah RM1 bilion kemudahan mikro kredit disediakan yang merangkumi pinjaman mudah berjumlah RM390 juta oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), RM350 juta oleh Agrobank dan RM295 oleh TEKUN.

6.Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan khas secara sekali bayar atau ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing serta pemandu pelancong.

Perdana Menteri, berkata bantuan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta itu akan memanfaatkan 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

7.Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada kepada 500,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di tujuh negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bayaran sebanyak RM1,000. Bagi 300,000 PKS di negeri lain, mereka akan menerima RM500.

8.Muhyiddin Yassin berkata, peminjam kemudahan pinjaman pelajaran MARA boleh memohon penjadualan semula atau moratorium bayaran balik pinjaman sehingga 31 Mac 2021.

9.Semua pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) domestik dan bukan domestik akan menerima rebat elektrik pada kadar dua sen setiap kilowatt per jam, iaitu bersamaan penurunan bil elektrik sehingga sembilan peratus bagi tempoh enam bulan mulai bulan ini.

10. Semua majikan beroperasi ketika PKP layak memohon Program Subsidi Upah 3.0 di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Perdana Menteri, berkata kerajaan menambah baik program berkenaan yang mendapat maklum balas sebagai antara inisiatif disambut baik oleh pekerja dan majikan.

“Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja bergaji kurang daripada RM4,000,” katanya.