Kilafairy sahkan Ufora Lipmatte setanding dengan kualiti produk antarabangsa

Kilafairy sahkan Ufora Lipmatte setanding dengan kualiti produk antarabangsa

  • Post author:

Lipmatte adalah sejenis lipstik kering yang tidak semua orang sesuai menggunakannya.

Namun begitu, kemunculan Ufora Lipmatte diyakini dapat membantu pengguna lipstik yang teringin menggayakan lipstik jenis lipmatte.

Memilih pelakon cantik, Kilafairy sebagai rakan kolaborasi, pilihan itu adalah tepat seiring dengan diri si cantik yang juga seorang penggemar lipstik.

Berkongsi mengenai perkara itu, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 29, berkata, dia bukanlah seorang yang memandang jenama.

“Saya tertarik dengan Ufora Lipmatte kerana kualiti yang dihasilkan pada lipmatte itu.

“Saya bangga dengan produk ini kerana ia adalah produk tempatan yang dihasilkan setanding kualiti produk antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Kila turut berganding bahu bersama pengasas Ufora, Supia Saupi untuk sama-sama membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19 menjana pendapatan menerusi perniagaan Ufora.

   “Kami mengajak orang ramai di luar sana untuk sama-sama berniaga tanpa mengeluarkan sebarang modal.

   “Tidak kira lelaki atau perempuan, sesiapa sahaja boleh turut serta. Inilah peluang untuk mereka yang ingin berniaga tetapi tidak mempunyai modal daripada segi wang,” kata Kila.

Kila berkata, mereka berhasrat membantu kerana bersimpati dengan individu yang hilang kerja dan terjejas pendapatan.

Katanya lagi, Ufora menggunakan namanya untuk membantu golongan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan ia tidak menjadi masalah.

   “Produk Ufora sangat bagus dan senang hendak jual, jadi anda semua kenalah cuba dahulu.

   “Untuk permulaan kerjasama kami akan berjalan dalam tempoh dua bulan. Buat masa ini kami akan ‘test market’ terlebih dahulu.

   “Tetapi saya difahamkan mereka berminat nak sambung lagi untuk tempoh tertentu. Apapun saya bekerja secara profesional dan berusaha melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin,” katanya.

Tamat/