Kanak-kanak 10 tahun bunuh diri angkara cabaran Tik Tok?

Kanak-kanak 10 tahun bunuh diri angkara cabaran Tik Tok?

  • Post author:

ROM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Itali secara tidak sengaja membunuh dirinya selepas melakukan `Cabaran Blackout’ di aplikasi TikTok, menurut beberapa laporan.

Lapor Daily Mail, doktor mengisytiharkan kanak-kanak itu mati otak pada Khamis lalu di Palermo selepas cuba bermain cabaran tersebut dengan mencekik dirinya.

Menurut para doktor, mereka telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan budak berkenaan namun situasinya sukar kerana mengalami sakit jantung setelah dibawa ke hospital. 

Menurut agensi berita Itali ANSA, ibu bapa kanak-kanak itu memberi kebenaran untuk mendermakan organ susulan kematian anak mereka. 

Cabaran Blackout atau dikenali sebagai Cabaran Pass Out menjadi tular di laman media sosial termasuk aplikasi TikTok sejak tahun lepas.  

Pada masa ini, ia dianggap sebagai salah satu cabaran paling terkenal di TikTok.

Cabaran yang antara lain juga dikenali sebagai permainan pengsan atau permainan tercekik, memerlukan individu untuk membuatkan diri mereka pengsan dalam masa yang singkat.  

-Utusan Malaysia