Salam Takziah Syekh Ali Jaber

Salam Takziah Syekh Ali Jaber

  • Post author:

Ulama terkenal di Indonesia, Syekh Ali Jaber, 44, meninggal dunia di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, ketika sedang menjalani rawatan COVID-19.

Bagaimanapun punca kematian Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber, belum diketahui selepas ada laporan menyatakan Allahyarham negatif virus itu sebelum meninggal dunia.

Menerusi muat naik Instagram yayasan.syekhalijaber, pendakwah bebas yang popular di aplikasi Instagram, YouTube dan TikTok malah sering muncul di pelbagai stesen televisyen tempatan itu meninggal dunia pada jam 8.30 pagi, hari ini.

“Benar Syekh Ali wafat. 08.30 WIB (waktu Indonesia Barat), sudah dalam keadaan negatif Covid. Di RS Cempaka Putih, Jakarta,” kata rakan Allahyarham, Ustaz Yusuf Mansur dalam muat naik Instagram itu.

Allahyarham Syekh Ali Jaber berketurunan Arab yang lahir di Madinah, Arab Saudi berkahwin dengan Umi Nadia yang berasal dari Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 2008 sebelum mendapat taraf kewarganegaraan republik itu pada 2012.

Pada 13 September 2020, Syekh Ali Jaber ditikam seorang lelaki ketika sedang berceramah di Masjid Falahuddin, Sukajawa, Bandar Lampung.