Pendakwah segera, disebalik realiti sebenar

Pendakwah segera, disebalik realiti sebenar

  • Post author:

PENDAKWAH SEGERA, KORANG TAK SERIK KE?

Isu segelintir pendakwah berdepan masalah peribadi seperti tiada habisnya.

Sejak wujudnya beberapa program realiti Islamik, segelintir mereka yang lahir daripada program ini seperti berlumba-lumba mempamerkan masalah negatif dan kesalahan diri masing-masing.

Berhadapan dengan isu rumahtangga, ceraikan isteri ketika mengandung dan mengahwini wanita lain antara kisah mereka yang menjadi tular.

Kalau min kata masalah nafsu adalah isu utama yang sering berlaku membabitkan golongan pendakwah ini, korang setuju tak?

Terbaru timbul dakwaan seorang pendakwah daripada sebuah program realiti tv dituduh merogol pula. Meskipun perkara itu seperti dinafikan oleh empunya badan, tetapi kata orang kalau tidak ada angin, masakan pokok akan bergoyang, kan.

Malah bapa pendakwah itu sendiri turut memuat naik satu posting yang membuatkan pembaca boleh meneka masalah sebenar yang sedang berlaku.

Berat juga sebenarnya membawa gelaran seorang pendakwah ini, kalau rasa tidak kuat dan tak mampu janganlah diteruskan.

Memang betul mereka hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada diuji dan melakukakan kesalahan, tetapi janganlah terus-terusan melakukan hal yang sama.

Tak malu ke kalau orang label pendakwah ni gatal? Tak habis-habis buat masalah?

#suaranetizen #netizentv #pu #dai #pendakwahbebas #bebasviral