Salam takziah Datuk Jamali Shadat

Salam takziah Datuk Jamali Shadat

  • Post author:

Pelawak ‘stand up’ komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia, 8.30 pagi, hari ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31, kepada Harian Metro.
“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Terdahulu, keadaan Jamali uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.
Jamali amat terkesan dengan kematian isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.
Allahyarham isterinya meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital.
Sebelum itu, Jamali diserang angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga pulih.
Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.
Pada zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.

-HARIAN METRO