Suhaimi Saad tubuh kumpulan nasyid pula!

Suhaimi Saad tubuh kumpulan nasyid pula!

  • Post author:

Selepas mencuri perhatian dengan kontroversi anti vaksin dan tidak hantar anak-anak ke sekolah, penyanyi nasyid Suhaimi Saad tampil dengan kejutan baru.

Kali ini dia bakal membawa anak-anak dan isteri, Ina Naim menyertai kumpulan nasyid yang diberi nama Bismillah.

Memuat naik posting di laman sosial miliknya, Suhaimi berkata dia dan anak-anak akan tampil dengan album nasyid yang memuatkan 10 lagu dan bakal dilancarkan pada Ramadan ini.

Pelbagai komen dilemparkan berikutan sikap ‘haluan kiri’ penyanyi itu yang suka melakukan sesuatu bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh ibu bapa.

Dalam pada semua ibu bapa kalut dengan sekolah PdPR, Suhaimi lebih sibuk dan fokus dengan pembikinan lagu bersama anak-anaknya.

Tidak habis-habis dengan perangai pelik dan babitkan anak-anak, kasihan pula kepada mereka semua.

*selepas ini apa lagi kisah Suhaimi yang akan diviralkan?