Hari pertama PdPR sekolah, semua orang okey ke?

Hari pertama PdPR sekolah, semua orang okey ke?

  • Post author:

Sesi sekolah 2021 melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) bermula hari ini dan macam-macam status dimuat naik oleh ibu bapa berkongsi pengalaman hari pertama sekolah anak mereka.

Sejak semalam masing-masing sudah mula bimbang dengan sesi kaedah PDPR ini maklumlah baru pertama kali hendak dipraktikkan.

Namun begitu ada segelintir ibu bapa yang kurang selesa kaedah ini terutamanya bagi ibu bapa yang harus keluar bekerja.

Walaupun diberi kelonggaran dengan hanya menyiapkan kerja sekolah yang diberi dan perlu mengemas kini kepada guru, ia tetap merumitkan kerana menambah beban kerja ibu bapa.

Ada berpendapat Menteri berkenaan perlu menilai semula dengan mengadakan persekolahan secara bergilir setiap hari sekurang-kurangnya anak-anak dapat merasa suasana pembelajaran di sekolah.

Sebagai ibu bapa yang bekerja min juga turut terkesan kerana tidak dapat membawa anak menyertai persekolahan di ‘google meet’.

Diharap Menteri Pendidikan dapat mengkaji semula pelaksanaan PDPR ini dengan memberi kelonggaran pelajar hadir ke sekolah secara bergilir.

*hari pertama sekolah hari ini, siapa lebih stress ibu bapa atau anak-anak?