Pendaftaran untuk suntikan vaksin akan dibuka tak lama lagi

Pendaftaran untuk suntikan vaksin akan dibuka tak lama lagi

  • Post author:

Pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksin COVID-19 di negara ini akan dibuka tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan, YB Dato’ Sri Dr Adham Baba.

Bercakap ketika menjadi tetamu program Bicara DR di RTM malam tadi, Dr Adham berkata, kerajaan mensasarkan memberi vaksin kepada 70% populasi atau 23 juta orang bagi membentuk imuniti berkelompok.

Mengikut Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam tiga fasa:

Fasa 1 – barisan hadapanFasa

2 – kumpulan berisiko tinggi (penyakit kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas

Fasa 3 – orang awam berumur 18 tahun ke atas

Dr Adham berkata, vaksin Pfizer-BioNTech yang akan diterima Malaysia akhir bulan Februari ini, sudah diberi kelulusan bersyarat oleh NPRA.

Selain Malaysia, 49 buah negara lain juga memberi kelulusan malah ada negara sudah pun menggunakan vaksin berkenaan, katanya.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin COVID-19 yang pertama mendapat perakuan WHO untuk kegunaan kecemasan.

Dr Adham berkata, 4 matlamat imunisasi COVID-19 iaitu:

1. Melindungi barisan hadapan

2. Mengurangkan kematian

3. Membentuk imuniti berkelompok

4. Memutuskan rantaian jangkitan

Mengenai penerimaan rakyat terhadap vaksin COVID-19, beliau berkata, tinjauan KKM mendapati sebahagian besar rakyat setuju.

Tinjauan dalam talian pada 21 hingga 28 Disember 2020 itu disertai 212,000 responden.

1. 67% setuju (90% yakin vaksin berkesan)

2. 17% tidak pasti

3. 16% tidak setuju.

Bagi 17% yang tidak pasti itu pula kerana risau kesan sampingan dan keberkesanan vaksin.

KKM akan membuat tinjauan dan kaji selidik dari semasa ke semasa untuk mengetahui peneriman rakyat, katanya.

“Setakat 13 Januari, kira-kira 32 juta orang di seluruh dunia sudah disuntik vaksin COVID-19. Ini menunjukkan vaksin ini diterima masyarakat dunia.

“Namun, vaksin bukanlah penyelesaian. Selepas disuntik, kita masih perlu mempratikkan norma baharu,” katanya.